Serammm. =='
Wednesday 5 June 2013 | 10:06 | 0 comments
Assalamualaikum.
Haaaahhh. Malam ini cuma nak bagi tahu yg mata aku tak boleh nk pejam dah. Sbb terlalu banyak berfikir/ ada benda yang buat aku jadi tak tenteram. haishh. Seram sejuk rasa dibuatnya. Hoho. Ada bnyak bnda yang tak okey berlaku mlm nih. :/ Ohhh -.-
Labels: coretan si nurfarahizzati
Entah apa-apa sahaja! Haha -.-
Sunday 2 June 2013 | 17:09 | 0 comments
Assalamualaikum and good morning everyone. Hehe
Tidak ada topik untuk cuti ini. Hihi. Cuma ada sedikit kerisauan dan kegundah gulanaan di hati. Takut2 result tak okayy. Tapi apa pun muka tetap ada sinyumm. Almaklum sahaja mood cuti katakan. Hehe. Itu sahaja untuk hari ini yee. Daaaa. :D
Labels: coretan si nurfarahizzati
Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur
Saturday 20 April 2013 | 16:51 | 0 comments
Pembangunan Masyarakat (SOSIAL dan BUDAYA)
SOALAN
2:
Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur jelas memaparkan
masyarakat Melayu baik yang mendiami
desa mahupun yang mendiami kota, masih kuat berpegang kepada budaya dan tradisi
masyarakat Melayu yang menjadi amalan warisan turun temurun. Ulaskan penyataan
ini.
[ 25 markah ]
SKEMA JAWAPAN:
Pendahuluan: (3 markah)
· Budaya dan tradisi masyarakat Melayu seperti yang
digambarkan menerusi novel SBDKL jelas memperlihatkan keterikatan dan pautan
masyarakat Melayu dengan adat istiadat dan budaya Melayu yang menjadi amalan
seharian mereka sama ada yang tinggal di kota mahupun desa.
· Antara budaya dan tradisi masyarakat Melayu yang dapat
dikesan dalam novel SBDKL ialah mementingkan hubungan kekeluargaan, mengekalkan
makanan tradisional Melayu, budaya kunjung mengunjung, membawa buah tangan,
meningkatkan hubungan ukhuwah (persahabatan) menerusi fungsi masjid dan surau,
mengekalkan gelaran atau panggilan hormat sesama anggota keluarga atau gelaran
pangkat seseorang, melayan tetamu, dan sebagainya.
· Budaya dan tradisi Melayu ini dalam sesetengah keadaan
dianggap punca dan penghalang kemajuan
dan menimbulkan perbalahan atau konflik antara sesama kelompok masyarakat
F1: Mementingkan hubungan
kekeluargaan
F2: Mengekalkan makanan tradisi
Melayu
F3: Budaya kunjung mengunjung
F4: Budaya menyapa dan bertanya
khabar
F5: Berniaga berorientasikan skala
kecil
F6: Budaya berderau (gotong royong)
majlis kenduri kendara
F7: Menjadikan masjid atau surau
sebagai tempat menjalani ibadah dan merapatkan ukhuwah (persahabatan)
F8: Penentuan/pemilihan jodoh atas
restu orang tua
F9: Melayan tetamu dengan baik
F10: Menjaga adab sopan dalam
tingkah laku dan pertuturan
F11: Memanggil gelaran hormat dan
pangkat berdasarkan faktor hubungan nasab/keturunan, umur, kedudukan dalam
masyarakat
F12: Pekerjaan berlatar belakangkan
warisan/tradisi generasi terdahulu
F13: Mementingkan semangat kejiranan
F14: Mementingkan adat istiadat
dilaksanakan mengikut tradisi Melayu dan agama Islam
F15: Percaya kepada perkara khurafat
/kuasa-kuasa lain selain Tuhan (tafsiran mimpi/alamat buruk)
F16: Menghormati/menyanjung
isntitusi Raja
Kesimpulan: (2 markah)
· - Masyarakat Melayu yang mendiami kota dan desa berdasarkan
novel SBDKL masih utuh mengamalkan tradisi dan budaya Melayu.
· - Namun demikian, ada juga watak-watak tertentu yang mewakili
kelompok Melayu memecahkan tradisi dan budaya Melayu dengan
melonggarkan/mengabaikan/meninggalkan budaya dan amalan masyarakat Melayu. Etc:
Mat Akil – tidak beradab sopan, kasar, tidak menghormati orang yang lebih tua,
menghina dan menganiayai golongan agama dsb.
SOALAN 3:
Budaya niaga masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina ketara
berbeza seperti yang diungkapkan oleh Keris Mas menerusi Novel Saudagar Besar
dari Kuala Lumpur. Jelaskan penyataan ini dengan mengemukakan bukti dan contoh
yang tepat.
[ 25 markah ]
SKEMA JAWAPAN:
Pendahuluan:
(3 markah)
· - Pemikiran “bisnes” / pemikiran niaga antara masyarakat
Melayu (Peniaga Melayu) dengan masyarakat Cina (Peniaga Cina) sememangnya
ketara berbeza.
· -Perniagaan orang Melayu terikat dengan batas/syariat agama
manakala masyarakat Cina masih mementingkan nilai moral namun lebih
mengutamakan keuntungan (profit based).
· -Perbezaan budaya niaga orang Melayu dengan orang Cina ada
kaitan dengan budaya dan prinsip, latar belakang pendidikan, latihan dan
pendedahan, perancangan strategik, modal kekuatan persatuan dan sebagainya.
Isi-isi Penting:
F1: Orang Melayu lebih memilih perniagaan berasaskan warisan
turun temurun manakala orang Cina lebih gemar menjalankan perniagaan yang
berbentuk “penerokaan baharu”
HC1: Jika mengusahakan perniagaan
warung – biasanya waris akan menyambung
usaha bapa/generasi awal. Contoh: Pak Salim
HC2: En. Muhammad sendiri ingin mengembalikan legasi perniagaan
bapa dan datuknya mengusahakan lombong bijih timah walaupun pada masa yang sama
beliau sudah ada anak syarikatnya sendiri yang berstatus enterprise yang
bernaung di bawah syarikat Datuk Tan Enterprise.
F2: Orang Cina lebih suka mempelbagaikan jenis perniagaan
manakala orang Melayu cenderung menjalankan perniagaan tipikal Melayu yang
berbentuk stereotaip (sama).
HC1: Datuk Tan Chong Seng selain
mempunyai estet getah (180 ekar Pekan Tualang…hlm.11) juga mahu perniagaannya
bersama-sama dengan Encik Muhammad diperluaskan kepada perniagaan import
eksport lada hitam ke pasaran tempatan dan Jerman. Beliau juga mempunyai agenda
untuk menghidupkan semula legasi lombong bijih timah yang pernah diusahakan
oleh datuknya bersama-sama dengan mendiang datuk, Datuk Tan Chong Seng.
F3: Orang Melayu suka perniagaan yang tidak berisiko atau
kurang berisiko manakala orang Cina berani mengusahakan perniagaan yang
berisiko dan berisiko tinggi
HC1:
Berdasarkan novel SBDKL banyak memaparkan perniagaan orang Melayu yang
tidak berisiko tinggi seperti membuka gerai jualan makanan dan minuman, peraih
ikan dan menjual ikan di pasar, mengusahakan perniagaan atap dan lain-lain.
F4: Orang Cina gemar perniagaan yang bersifat Glokal /
Domestik dan Antarabangsa (Global and
Local Based) manakala orang Melayu kurang mempunyai perancangan bisnes
bersifat antarabangsa
HC1: Walaupun idea banyak yang muncul
daripada Encik Muhammad yang ingin mengadakan dagangan lada hitam dengan
syarikat Tuan Von Braun dari Frankfurt, Jerman namun pemikiran dan idea itu
sudah ada dalam kotak pemikiran Datuk Tan (hlm.8)
HC2: Datuk Tan begitu yakin dan
positif dengan langkah proaktif Encik Muhammad melakukan perbincangan dan
rundingan secara intensif (giat) dengan rakan niaga dari Frankfurt, Jerman itu.
F5: Orang Melayu gemar perniagaan berbentuk kecil-kecilan
dengan modal yang terhad manakala orang Cina gemar kepada perniagaan yang
berskala besar dengan modal yang besar serta mengambil untung berdasarkan
untung atas angin (komisen)…(hlm.5)
HC1: Walaupun idea itu kebanyakannya datang
daripada idea Encik Muhammad, namun Datuk Tan seolah-olah mahu menguji
kebijaksanaan Encik Muhammad untuk memaparkan strategi bisnesnya. Buktinya dia
tahu ke mana matlamat dan hala tuju pemikiran bisnes Encik Muhammad yang
dilihatnya bertepatan dengan idea dan kehendaknya. Bukti lain, Datuk Tan tidak menghalang idea Encik Muhammad untuk mengambil untung perniagaan menerusi untung komisen
F6: Orang Melayu gemar mengambil jalan singkat dengan
berperanan sebagai broker atau agen atau orang tengah dalam perniagaan dan
bukannya sebagai pemain utama (key
players) dalam perniagaan
HC1: Yang Berhormat Mohd Yusof
mempunyai agenda secara tersirat mempengaruhi Penghulu Mahmud untuk membenarkan
Encik Chan mengusahakan tanah milik Penghulu Mahmud dan warisnya (Encik
Muhammad dan adik beradik yang lain) di Jeram Medang untuk dijadikan kawasan perumahan.
Hasilnya beliau akan menerima komisen yang lumayan daripada Encik Chan.
HC2: Sudin gemar menjadi “broker
kereta” dan “broker tanah” walaupun telah berkecimpung agak lama dalam
perniagaan ini, sebaliknya lebih gemar memperoleh untuk yang minimum /sedikit
hasil jualan kereta dan tanah dan bukannya mahu menjadi pengusaha kedai jualan
kereta terpakai atau menjadi broker tanah berlesen.
F7: Orang Melayu gemar berjoli dengan hasil untung
perniagaan yang diperoleh tetapi sebaliknya orang Cina gemar mengumpul dana
sedikit demi sedikit untuk agenda dan perancangan perniagaan masa hadapan yang
lebih mencabar.
HC1: Datuk Tan menyimpan wang
sedikit demi sedikit sehingga berjaya membeli tanah seluas 180 ekar di Pekan
Tualang dan mengusahakan ladang/estet getah. Dari situ dia berganjak dengan
menubuhkan perniagaan enterprisenya dan perniagaan-perniagaan yang lain.
HC2: Sudin sering berjoli dengan
wang hasil komisennya sebagai broker tanah. Dia sering ke Genting Highland dan
sering kalah judi. Dia tidak mempunyai agenda khusus untuk menyimpan wang bagi
mengusahakan perniagaan yang dipeloporinya itu.
F8: Orang Melayu sesetengahnya mempunyai pemikiran
tinggi untuk melangkah jauh dalam bidang
perniagaan tetapi mempunyai kekangan dari segi syariat (agama), pembahagian harta
pusaka (hukum faraid), faktor insaniah (faktor kemanusiaan) dan sebagainya.
Peniaga Cina kurang menghadapi kekangan untuk melangkah jauh dalam bidang
perniagaan.
HC1: Encik Muhammad walaupun punya
wawasan perniagaan yang jauh tetapi terpaksa berhadapan dengan seribu satu
halangan. Antaranya, tanah di Jeram Medang dan Kampung Pulai terikat dengan hak
pembahagian harta pusaka (adik beradiknya: kesemuanya telah meninggal kecuali
Penghulu Mahmud dan dirinya yang masih hidup). Anak saudaranya pula (pewaris
harta iaitu anak-anak kakaknya (3 orang kakaknya yang telah meninggal dunia)
memohon saham perniagaan sekiranya tanah yang hendak diusahakan Encik Muhammad
untuk dijadikan perusahaan lombong bijih timah itu menjadi kenyataan. Encik
Muhammad tidak boleh memonopoli tanah milik keluarganya secara total dan
personal. Hal ini merupakan halangan besar kepada dirinya.
F9: Orang Melayu/peniaga Melayu kurang mempunyai perancangan
strategik dalam perniagaan berbanding dengan orang-orang Cina atau peniaga
Cina.
HC1: Orang Cina/peniaga Cina bijak mengatur
strategi mempergunakan orang-orang Melayu untuk mencapai hasrat perniagaan
mereka. Misalnya Encik Chan bijak mempergunakan YB Muhd Yusuf dan Sudin untuk
mempengaruhi Penghulu Mahmud untuk menjalankan usahasama
membangunkan kawasan perumahan di
Jeram Medang menggunakan tanah milikan keluarga Penghulu Mahmud. Gambaran ini
jelas, kerana Encik Chan tidak mahu dirinya dikenali sebagai pemaju yang akan
mengusahakan kawasan perumahan tersebut.
HC2: Begitu juga Datuk Tan mempnyai
kekuatan akses mempergunakan bakat dan kemahiran Encik Mhammad untuk memastikan
Penghulu Mahmud atau Encik Muhammad mendapat gelaran Orang Kaya agar Sultan
akan menjadi pendokong (back-up) utama perniagaan lombong bijih timah yang akan
diusahakan oleh mereka nanti.
Kesimpulan:
(2 markah)
· Pemikiran bisnes antara orang Melayu/peniaga Melayu dengan pekmikiran bisnes orang Cina / Peniaga
Cina ternyata berbeza.
· Orang Cina / peniaga Cina ternyata berjaya melangkah jauh
dalam bidang perniagaan / maju dalam bidang perniagaan kerana mempunyai
persiapan yang rapi dari sudut ilmu berniaga, berfikir di luar kotak, berani
berdepan dengan risiko, berperancangan dan berstrategi, suka meneroka bidang
perniagaan yang baharu, tidak menghadapi kekangan yang serius dari segi agama,
tuntutan harta warisan dan sebagainya. Hal ini berbeza dengan orang
Melayu/peniaga Melayu.
Labels: coretan si nurfarahizzati